1. Home
  2. /
  3. Kad Personel Binaan
  4. /
  5. Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB

by | 18 Feb 2022

Isi Kandungan

Pengenalan

Kad hijau CIDB atau Kad Personel Binaan CIDB adalah akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dalam kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan seperti Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau dengan pusat latihan yang telah diakredit oleh CIDB.

Kad Hijau CIDB

CIDB Malaysia telah memperkenalkan kad hijau CIDB yang baru yang telah dinaik taraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card CIDB programme yang telah direkabentuk untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan serta kad pintar ini mempunyai cip seakan-akan seperti kad bank di mana ianya bercirikan transaksi perdagangan dan telah berkuatkuasa bermula 15 Oktober 2019. Selain dari itu, mana-mana personel binaan yang melaksanakan tugas-tugas penyeliaan di tapak bina atau kerja-kerja mahir wajib untuk diakredit dan diperakukan seperti yang dinyatakan dan disenaraikan di dalam dalam Jadual Ketiga Akta 520, seksyen 33A.

Kepada semua pemegang Kad Hijau CIDB (green card) anda perlu tahu perkara ini kerana ini sangat penting. Sila ambil perhatian! Sekiranya terjadi kemalangan yang tidak diingini semasa anda sedang menjalankan kerja-kerja binaan yang menyebabkan kecacatan atau kematian, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Anda akan menerima manfaat dari kad hijau cidb (green card) sehingga RM21,000. Ramai orang tidak tahu perkara ini. Namun begitu, ada beberapa syarat-syarat tuntutan antaranya ialah:

  1. Tuntutan mestilah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
  2. Pemilik yang sah menggunakan borang UPPT-1 dengan lengkap
  3. Kejadian berlaku semasa kad hijau CIDB (green card) masih sah laku dan umur mestilah kurang dari 70 tahun.
  4. Kejadian yang berlaku bukan akibat dari pemilik kad hijau telah melanggar mana-mana peruntukan perundangan negara atau mana-mana negara.

Namun begitu, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan ke atas personel binaan tersebut, pewaris layak menerima manfaat sebanyak RM21,000 dan RM500. Jadi amatlah penting memastikan kad CIDB anda masih aktif supaya apabila berlaku kejadian yang tidak diingini anda dapat menuntut hak anda.

Rumusan

Kesimpulannya, kad CIDB adalah amat penting bila anda menjalankan kerja-kerja binaan di Malaysia. Anda boleh mendaftar atau memperbaharui green card CIDB anda melalui konsultan atau wakil seperti RenewCIDB atau DaftarCIDB.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Service Online Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Service Online Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Di sini kami kongsikan beberapa penyedia service online yang mungkin anda belum tahu: Pendaftaran & Pembaharuan Kad Hijau CIDB daftarcidb.com.my renewcidb.com myprobina.com kadhijau.my...

Renew CIDB Online

Renew CIDB Online

Pengenalan Adalah diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan untuk berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015....

Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor

Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor

Apa Itu Lesen CIDB? Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor CIDB adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor...