1. Home
  2. /
  3. Lesen Kontraktor
  4. /
  5. Lesen CIDB Atau Lesen...

Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor

by | 19 Apr 2021

Apa Itu Lesen CIDB?

Lesen CIDB

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor CIDB adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).

Jenis-Jenis Lesen CIDB

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Adalah wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM.

Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)

Sijil Perakuan Kerja Kerajaan atau lebih dikenali sebagai SPKK. SPKK adalah sijil yang memperakukan bahawa penama di dalam SPKK layak menyertai projek-projek pembinaan oleh kerajaan Malaysia mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Penama SPKK adalah individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan yang terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, atau mana-mana kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat anda mestilah telah beroperasi melebihi dari 3 tahun.

Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Sekiranya syarikat anda berdaftar dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB), ini akan melayakkan anda untuk memohon tender khas untuk taraf bumiputera sahaja. Syarikat atau perniagaan yang mempunyai semua pemilik berstatus bumiputera sahaja yang layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila anda ingin memohon tender kerajaan.

Kesimpulan

Lesen CIDB merangkumi 3 jenis sijil. Syarikat anda perlu berdaftar dengan CIDB sekiranya ingin menyertai projek-projek pembinaan. Untuk elakkan proses yang merumitkan. Anda boleh dapatkan servis yang disediakan oleh wakil berpengalaman seperti IBINA yang dapat menjimatkan banyak masa berharga anda.

Selain daripada pendaftaran dan pembaharuan lesen CIDB, iBINA juga sediakan perkhidmatan renew CIDB Green Card (Kad Hijau CIDB).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Renew CIDB Online

Renew CIDB Online

Pengenalan Adalah diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan untuk berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015....

Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB

Pengenalan Kad hijau CIDB atau Kad Personel Binaan CIDB adalah akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dalam...