Isi Kandungan
Pengenalan
Adalah diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan untuk berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew CIDB online.
Cara Renew CIDB Online
Langkah 1: Layari RenewCIDB
Layari laman web kami RenewCIDB dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB“ dan “Kontraktor CIDB”. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan “Kad Personel Binaan CIDB”.
Langkah 2 : Pilih jenis Permohonan
Seterusnya, pilih jenis permohonan. Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” dan “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” bagi pekerja asing.
Langkah 3 : Isi Maklumat Di Borang Permohonan
Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan, anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.
Langkah 4 : Bersetuju Dengan Terma & Syarat
Selepas mengisi kesemua maklumat anda, klik pada petak “Saya bersetuju dengan terma & syarat”
Langkah 5 : Buat Bayaran Renew CIDB Online
Anda boleh membuat bayaran renew CIDB kad hijau anda secara atas talian seperti yang tertera berikut. Sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian, anda boleh emelkan kepada emel bantuan@renewcidb.com atau hubungi/whatsapps kami pada talian 0189040059. Pihak renewCIDB akan bantu anda.
Langkah 6 : Terima Pas Sementara
Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.
Langkah 7 : Terima Kad Hijau CIDB
Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak RenewCIDB akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.
Rumusan Renew CIDB Online
Senang bukan? Hanya dengan 7 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web renewcidb dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.
0 Comments